Penerangan
MESYUARAT PRA PENUTUP PENGAUDITAN PENGURUSAN SUMBER AIR NEGARA BAGI NEGERI SABAH
???: 18 Ogos 2023 (Jumaat)
?? : 9:00am – 12:00pm
??: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 26, Blok A, Menara Kinabalu
Pengerusi ???? : YBhg. Datuk Hjh Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran)
Wakil JAS Sabah:
(i) Tn. Pengarah JAS Sabah
(ii) KPP AHM
(iii) PP(K) MJJ
Perkara- Perkara Untuk Dimaklumkan: ??????
1?? Audit Pengurusan Sumber Air negara bagi negeri Sabah telah dilaksanakan melibatkan 11 Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan. Objektif kajian audit adalah menilai sama ada pengurusan sumber air negara dilaksanakan secara berhemat dan lestari untuk memenuhi keperluan manusia dan alam sekitar selaras dengan Sasaran Pembangunan Lestari Ke-6 di bawah Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia (2020-2030).
2?? Audit adalah mejurus kepada pengurusan sumber air di negeri Sabah melibatkan sumber air, bekalan air terawat, pengguna bekalan air, kumbahan dan efluen. Metadologi kajian adalah melibatkan analisis data, lawatan fizikal dan sesi temu bual. Persampelan juga telah dilaksanakan di lembangan Sungai Moyog.
3?? Sejumlah 73 isu dan 20 jumlah isu keseluruhan telah dikenalpasti oleh pihak audit sepanjang tempoh kajian.
4?? Sebanyak tiga isu yang berkaitan dengan bidangkuasa JAS telah dibincangkan iaitu melibatkan pencapaian bilangan sungai bersih, kawalan pencemaran daripada aktiviti tapak pelupusan sampah sanitari dan kawalan pencemaran efluen daripada pihak industri.
5?? Wakil JAS Sabah telah memberikan maklumbalas awal kepada pihak urusetia mengenai isu yang berkaitan dengan JAS semasa mesyuarat dijalankan dan akan disusuli dengan salinan dokumentasi bertulis dan lampiran surat-menyurat daripada pihak berkaitan.
6?? Pihak JAS Sabah bersedia dalam memberikan input dan bantuan kepada pihak audit dalam memastikan kajian ini dijalankan dengan jayanya.