Penerangan
15 OGOS 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menerima undangan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis bagi menjayakan program pengurusan dan pengendalian Buangan Elektrik & Elektronik (ewaste) dalam usaha meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan di kalangan warga institut tersebut.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah pameran dan ceramah berkaitan pengurusan ewaste yang memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara-cara pengurusan dan pelupusan ewaste mengikut perundangan serta impak negatif kepada alam sekitar sekiranya buangan ewaste tersebut gagal diuruskan dengan baik. Antara perkara penting yang diketengahkan semasa program ini adalah buangan ewaste merupakan buangan terjadual SW110 yang mesti dilupuskan di premis-premis yang dilesenkan oleh JAS.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar Negeri Perlis terus terpelihara untuk generasi akan datang.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_ogos2023