21 OGOS 2023, KANGAR – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menerima kunjungan mesra dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis bagi membincangkan kerjasama dalam usaha menangani isu pencemaran alam sekitar di Negeri Perlis.
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini adalah pelaksanaan program Ops Rahmah yang melibatkan kerjasama antara kedua-dua agensi dalam memantau kawasan-kawasan berisiko tercemar dan penyaluran aduan pencemaran alam sekitar.
Delegasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis yang diketuai oleh Pengarah, Lt. Kol (PA) Mohd. Izaimi Bin Mohd. Daud bersama Timbalan Pengarah, Mej. (PA) Imran Bin Azemi turut diberi penerangan mengenai program-program kesedaran alam sekitar yang dirancangkan untuk dijalankan sepanjang tahun 2023 yang akan melibatkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.
Jalinan kerjasama dua hala ini amat penting dalam memantapkan aspek penguatkuasaan bersepadu bagi mengawal pencemaran alam sekitar serta peningkatan kesedaran awam demi memastikan kelestarian alam sekitar Negeri Perlis terus terpelihara.
Selain itu, orang ramai juga adalah diminta untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_ogos2023