Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DI JASIN, MELAKA
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2023
- Organisasi
- DOE Melaka
Penerangan
23 Ogos 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur Bil 8/2023 pada 22 Ogos 2023 ke atas sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Jasin. Hasil siasatan premis ini tertakluk dan patuh kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama