PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Majlis Pelancaran Program PCG BE GREEN 2023

DOE WP Labuan 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Majlis Pelancaran Program PCG BE GREEN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 22 Ogos 2023 Masa: 2 ptg- 4.30 ptg Lokasi: Multipurpose Hall Petronas Chemical Methanol Labuan Penglibatan: JAS WP Labuan, Perbadanan Labuan dan Jabatan Pendidikan Labuan (4 buah sekolah) Kehadiran JAS: PPK MS, JA AS, MySTEP NAA Majlis Pelancaran Program PCG BE GREEN 2023 dimulakan dengan kata-kata aluan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemical Methanol dan Perbadanan Labuan. Seterusnya taklimat tentang latak belakang program iaitu program ini merupakan program impak sosial alam sekitar PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) yang menguatkan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti melalui program kesedaran pemuliharaan alam sekitar dan penggunaan plastik di kawasan tempat operasi. Objektif program adalah untuk memupuk budaya pengurusan sisa kitar semula dengan bertanggungjawab. Selain itu, memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas berkaitan plastik serta kaedah yang betul untuk mengitar semula sisa bahan terpakai. Seterusnya, menyokong dan mendokong aktiviti 3R iaitu reduce, reuse and recycle dan agenda kelestarian PETRONAS seperti Ekonomi Plastik Baharu. Di samping itu, JAS WP Labuan juga turut memberikan taklimat dan kuiz berkaitan E-Waste kepada empat buah sekolah iaitu SM.ST.ANNE, SM.ST.Anthony, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SMK Labuan. Oleh yang demikian, JAS WP Labuan berharap sekolah yang mengikuti pertandingan dapat bertanding dengan sihat dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Terima Kasih. #JASMalaysia #JAWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan