Penerangan
Sesi Libat Urus PPKAS Sektor Air Siri 1/2023 anjuran Bahagian Air Dan Marin telah diadakan pada 23-26 Mei 2023 bertempat di Hotel Avillion, Port Dickson. Sesi Libat Urus ini telah dihadiri oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar, pegawai dari agensi luar dan wakil dari pihak perunding dan univesiti. Sesi Libat urus ini telah dirasmikan oleh YBrs.TKPO, Dr.Norhazni binti Mat Sari.
Program ini diadakan bagi mendapatkan Input dan maklum balas bagi penyediaan Kertas Dasar keperluan pindaan/ gubalan baharu terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Dari Stesen Pemindahan dan Kambus Tanah) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.