PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH UNTUK KETETAPAN STANDARD BAHARU DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (KUMBAHAN) 2009

DOE WP Putrajaya 31/08/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH UNTUK KETETAPAN STANDARD BAHARU DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (KUMBAHAN) 2009
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Satu Sesi Libat Urus bersama Pemegang Taruh untuk Ketetapan Standard Baharu di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 telah diadakan pada 24 – 28 Julai 2023 bertempat di Hotel Geno, Subang Jaya, Selangor. Sesi Libat Urus ini telah dirasmikan oleh En. Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin. Sesi Libat Urus ini telah dihadiri oleh seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Jabatan Alam Sekitar dan pihak yang berkepentingan iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Indah Water Konsortium dan Universiti Teknologi MARA. Tujuan Sesi Libat Urus ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan cadangan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan