Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah
menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penilaian Laporan Kemajuan 3
Kajian Pembangunan Total Maximum Daily Load (TMDL) bagi Sungai Perai di
bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada 14 Julai 2023 bertempat di JAS
Ibu Pejabat. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan Laporan Kemajuan 3
tersebut secara menyeluruh sebelum dimuktamadkan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dr. Norhazni binti Mat Sari,
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS dan turut dihadiri oleh En. Rosli bin
Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin serta Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab,
Pengarah JAS Negeri Kedah.
Kehadiran ahli-ahli mesyuarat adalah seramai 34 orang yang terdiri daripada
pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, wakil Jabatan/ Agensi Persekutuan dan Kerajaan
Negeri serta pihak perunding kajian, Wiranda (M) Sdn. Bhd.