Penerangan
22 Ogos 2023 (Selasa), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah dijemput untuk mengadakan ceramah berkenaan kesedaran dan kepentingan menjaga alam sekitar oleh pihak Politeknik Seberang Perai (PSP). program ini adalah bersempena kemasukan pelajar baru sesi 2023/2024. Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan PYDT, Import dan Eksport Encik Ts. Mohd Izwan bin Mohd Aminuddin.