Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LATIHAN MENEMBAK BERSAMA PEJABAT WAKIL TLDM (PWTL) PULAU PINANG
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2023
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
- Lokasi
- Pulau Pinang
Penerangan
17 Ogos 2023 (Khamis), Pejabat PWTL Pulau Pinang telah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) siri 1/2023 di Lapang Sasar Batalion 2 PGA, Kulim Kedah. UKMSK ini bertujuan untuk melatih kemahiran warga tentera dalam pengendalian senjata dan mengasah kemahiran menembak. JAS Pulau Pinang dengan empat (4) orang wakil telah menyertai UKMSK ini dimana dapat menyaksikan ujian menembak ini diadakan disamping berpeluang merasai penggunaan senjata milik Pejabat PWTL Pulau Pinang jenis Light Machine Gun (LMG) dan General Purpose Machine Gun (GPMG). Pelaksanaan latihan ini adalah mematuhi SOP dan sentiasa menitikberatkan keselamatan. Pasukan JAS Pulau Pinang telah terpilih sebagai pasukan terbaik jemputan untuk ujian menembak kali ini. JAS Pulau Pinang amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pejabat PWTL Pulau Pinang di atas peluang dan pengalaman menarik yang telah diberikan. Pejabat PWTL Pulau Pinang juga merupakan Rakan Alam Sekitar (RAS) dan turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kesedaran alam sekitar yang telah dijalankan. Adalah diharapkan kerjasama di antara JAS Pulau Pinang dan Pejabat PWTL Pulau Pinang akan terus terjalin erat dan dapat memberi manfaat kepada kedua- dua belah pihak.