Penerangan
14 Ogos 2023 (Isnin) - TNB Power Generation Sdn Bhd "TNB Genco" telah mengadakan Pelancaran Program ESG serta Hari Keselamatan, Kesihatan Dan Alam Sekitar di Stesen Janaelektrik Gelugor, Pulau Pinang.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Encik Norazizi bin Adinan telah dijemput untuk merasmikan program tersebut. Dalam ucapan perasmian itu, Encik Norazizi merakamkan penghargaan kepada pihak TNB Genco kerana memberikan komitmen yang baik di dalam usaha memelihara kelestarian Stesen Janaelektrik Gelugor yang terletak di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi.
Encik Norazizi juga berharap, agar hubungan baik di antara pihak TNB Genco dan juga Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sentiasa erat di dalam menguruskan hal-hal berkenaan alam sekitar di negeri ini.
Di dalam program ini, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang berkesempatan menanam pokok bersama pihak pengurusan tertinggi TNB Genco di samping diberikan taklimat ringkas berkenaan pengoperasian oleh Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Gelugor.
Pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang mengucapkan setinggi penghargaan di atas komitmen tinggi yang diberikan oleh pihak TNB Genco dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.