PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM LONTARAN BEBOLA LUMPUR (MUDBALL) ANJURAN JINKO SOLAR

DOE Pulau Pinang 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LONTARAN BEBOLA LUMPUR (MUDBALL) ANJURAN JINKO SOLAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

10 Ogos 2023 (Rabu), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menyertai Program Lontaran Mudball atau bebola lumpur yang dianjurkan oleh Jinko Solar Technology Sdn Bhd. Sebanyak lebih kurang 710 biji mudball telah dilepaskan ke dalam alur air di sekitar kawasan premis ini. Program ini telah disempurnakan oleh Encik Azman Shah bin Ismail, Timbalan Pengarah JAS Pulau Pinang. Dalam ucaptamanya, beliau mengingatkan tentang kepentingan menjaga kualiti air bukan hanya selepas takat pelepasan terakhir tetapi juga perlunya kawalan dari punca penghasilan pencemaran itu sendiri (prevention at source). Pihak pengurusan tertinggi sehingga operator dari Jinko Solar telah turun bersama menyertai aktiviti yang dijalankan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada kakitangan premis ini tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Pemantauan kualiti air turut dijalankan oleh kedua - dua pihak untuk melihat keberkesanan aktiviti ini dalam membantu merawat kualiti air. Tahniah diucapkan kepada Jinko Solar atas inisiatif menganjurkan program kesedaran alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan