PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU KE ATAS PREMIS MEMPROSES AYAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, OGOS 2023.

DOE WP Kuala Lumpur 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU KE ATAS PREMIS MEMPROSES AYAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, OGOS 2023.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
JAS WPKL

Penerangan

WP KUALA LUMPUR, 05 OGOS 2023 - JASWPKL bersama pihak IWK dan SPAN telah menjalankan satu Operasi Bersepadu ke atas premis memproses ayam yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. " Dawn Raid Ogos 2023” ini telah dilaksanakan pada awal pagi memandangkan premis memproses ayam memulakan operasi pada awal pagi sekitar jam 3.00 pagi. Seramai lebih kurang 15 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi telah terlibat menjalankan penguatkuasaan ke atas premis yang disyaki telah mencemar alam sekitar. Operasi ini yang bertindak atas aduan orang ramai adalah untuk memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar khususnya Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 selain memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara. Persampelan rasmi telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis bagi memastikan pematuhan di bawah perundangan alam sekitar. JAS WPKL akan sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap AKAS, 1974. Orang ramai diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui 3 saluran berikut iaitu: 1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727; 2. E-mel ke [email protected] ; dan 3. Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan