PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT TERM OF REFERENCE ADEQUACY CHECK (TORAC) SECARA HYBRID BAGI BIDANG RUJUKAN (TERM OF REFERENCE, TOR) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI CADANGAN PROJEK “PROPOSED INTEGRATED CLINKER AND CEMENT PLANT WITHIN LA 20-22250954 AT PINANGAH-SAPULUT, DISTRICT OF TONGOD, SABAH”

DOE Sabah 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT TERM OF REFERENCE ADEQUACY CHECK (TORAC) SECARA HYBRID BAGI BIDANG RUJUKAN (TERM OF REFERENCE, TOR) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI CADANGAN PROJEK “PROPOSED INTEGRATED CLINKER AND CEMENT PLANT WITHIN LA 20-22250954 AT PINANGAH-SAPULUT, DISTRICT OF TONGOD, SABAH”
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT TERM OF REFERENCE ADEQUACY CHECK (TORAC) SECARA HYBRID BAGI BIDANG RUJUKAN (TERM OF REFERENCE, TOR) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI CADANGAN PROJEK “PROPOSED INTEGRATED CLINKER AND CEMENT PLANT WITHIN LA 20-22250954 AT PINANGAH-SAPULUT, DISTRICT OF TONGOD, SABAH” ?? Tarikh: 17 Ogos (Khamis) ? Masa: 2.30 - 5.00 Petang ?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting) ???? Pengerusi: YBrs. Puan Rohimah Ayub (Pengarah Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat) ?? Kehadiran JAS Sabah: ????????????????????? KPP(P) AHM, PP(K) FM, PP ZS & PJ RLSK ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat TORAC ini telah dihadiri seramai lebih 50 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, pakar-pakar yang dilantik (AIs), penggerak projek & jururunding EIA. 2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan dokumen TOR yang telah dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat oleh pihak penggerak projek (PP), Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd dan pihak jururunding EIA, Chemsain SB Sdn Bhd bagi cadangan aktiviti pembinaan Loji Bersepadu Simen & Klinker di Pinangah-Sapulut, Tongod, Sabah. 3?? Wakil JAS Sabah memaklumkan ulasan bertulis terhadap dokumen TOR telah dikemukakan kepada pihak JAS Ibu Pejabat melalui surat bertarikh 20 Julai 2023 dan beberapa ulasan tambahan turut diutarakan semasa mesyuarat untuk diambilkira oleh pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA. 4?? Antara isu penting diutarakan semasa mesyuarat yang perlu diambil perhatian oleh pihak PP dan Jururunding EIA adalah isu zon tapak cadangan yang belum dizonkan kepada zon industri, isu bekalan bahan mentah (limestone) & bahanapi (coal), kawalan pencemaran udara, pengurusan buangan, dan lain-lain. 5?? Pengerusi Mesyuarat memaklumkan berdasarkan ulasan dan komen Jabatan/Agensi Teknikal, Pakar yang dilantik (AIs) dan JAS, dokumen TOR belum boleh disahkan kerana terdapat perubahan maklumat seperti jumlah keluasan tapak, persempadanan tapak dan lain-lain serta masih banyak maklumat yang perlu dikemaskini. Dokumen TOR yang dikemaskini dengan lengkap hendaklah dikemukakan semula kepada JAS untuk disahkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan