Penerangan
Bengkel AQUAMS Challenge Dan Pelancaran Portal AQUAMS (Air Quality Monitoring In Schools)
Projek AQUAMS merupakan inisiatif JPAS dan dibiayai oleh UNICEF bagi menempatkan peralatan kualiti udara (device yang dihasilkan oleh syarikat tempatan Sabah iaitu Kinabalu Makers) di 5 buah sekolah terpilih di Kota Kinabalu, Penampang & Papar.
Bengkel AQUAMS Challenge iaitu ???Pertandingan E-Poster & Pertandingan ???? Video Pendek Alam Sekitar yang melibatkan penyertaan daripada 5 buah sekolah tersebut.
PP(K) Chai telah dijemput untuk menyertai Bengkel AQUAMS dan menjadi juri bagi AQUAMS Challenge.
Sejurus selepas Bengkel & AQUAMS Challenge, Pelancaran Portal AQUAMS telah disempurnakan oleh YB Datuk Christina Liew, Menteri KePKAS Sabah. Majlis ini telah diadakan pada 17 Ogos 2023 bertempat di Hotel Hilton Kota Kinabalu.
YB Menteri KePKAS berharap agar lebih banyak alat pengukur kualiti udara ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah lain di Sabah.