- Tajuk
- TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED RIVER STONE AND SAND MINING ON NT.163066733, CL.165085067, CL.165085058 AND CL.165085049, KG.BATU 90, KALANG, TENOM"
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED RIVER STONE AND SAND MINING ON NT.163066733, CL.165085067, CL.165085058 AND CL.165085049, KG.BATU 90, KALANG, TENOM"
?? Tarikh: 16 Ogos 2023 (Rabu)
? Masa: 0900 - 1200
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, Wisma IDS, Penampang
??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Vitalis J. Moduying (Pengarah JPAS)
Kehadiran JAS Sabah: PJ RLSK
Agenda Mesyuarat:
?? Kata Alu-aluan Pengerusi;
?? Taklimat Laporan EiA oleh Perunding Alam Sekitar
??????? Penggerak Projek: En. Chong Chee Vui
??????? Jururunding EIA: Envsolve Sdn. Bhd.
?? Perbincangan
Ringkasan & Laporan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat ini telah dihadiri seramai lebih 15 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek En.chong Chee Vui serta pihak jururunding EIA bagi cadangan aktiviti pengambilan batu dan pasir di sg. Pagalan, Jln. Kalang Simpangan, kg. Batu, Tenom.
3?? Wakil JAS Sabah telah memberi input mengenai keperluan yang perlu dipatuhi oleh Penggerak Projek di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya khususnya dalam pengurusan buangan terjadual, Udara Bersih dan Jarak zon penampan bagi penempatan loji penghancur batu merujuk SZIRA,2012. Ulasan dan input teknikal secara bertulis telah dikemukakan kepada JPAS melalui surat bertarikh 19 Jun 2023.
4?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat.