PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN BAHAN BERBAHAYA TAHUN 2023

DOE Sabah 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN BAHAN BERBAHAYA TAHUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN BAHAN BERBAHAYA TAHUN 2023 ?? Tarikh: 14 - 16 Ogos 2023 (Isnin - Rabu) ? Masa: 08.30 pagi - 10.30 malam ?? Tempat: Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan ????????? Pengerusi Mesyuarat (Bersama): 1?? YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling Malaysia 2?? YBrs. Dr. Norhazni Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar 3?? YBrs. Ts. Azlan Ahmad, Pengarah, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar ??????? Kehadiran dari JAS Sabah: PP(K)(SJ) ?? Diantara Resolusi Mesyuarat adalah: 1?? Urusetia memaklumkan bahawa program “Take Back” penggunaan semula bekas bahan kimia perlu dikemukakan ke JAS Ibu Pejabat untuk kelulusan. 2?? Arahan Pejabat berkaitan “Third Party Transporter” dan “partial e- Waste” (AP Bil.2/2022) akan dikemaskini serta akan dikeluarkan yang terkini oleh Ibu Pejabat. 3?? Sebarang pengeluaran lesen oleh JAS Negeri untuk tempoh kurang daripada setahun perlulah terlebih dahulu merujuk kepada Ibu Pejabat untuk ketetapan. 4?? JAS Negeri turut diminta menyediakan serta mengemukakan maklumat bagi kes pelupusan haram yang berlaku di negeri masing-masing bagi 3 tahun terkini kepada Ibu Pejabat. 5?? Pengerusi meminta Ibu Pejabat menyediakan satu minit ceraian khas bagi seluruh Malaysia berkaitan dengan isu lambakan sisa klinikal dan “Offsite Storage” tanpa EIA kepada pengurusan. 6?? Pengerusi juga meminta setiap JAS Negeri menyediakan maklumat berkaitan “recovery facility” serta produk akhirnya. 7?? Pengerusi memohon JAS Negeri meningkatkan jumlah Pusat Pengumpulan dan Tempat Pengumpulan e- Waste sekiranya ada permohonan. 8?? Pengerusi memaklumkan bahawa KPI eSWIS masih ditetapkan 100% walaupun sistem eSWIS sedang dinaiktaraf. 9?? JAS Sabah telah mengemukakan 2 isu iaitu berkaitan dengan penyeragaman kapasiti maksimum penstoran luar tapak dan halatuju serta polisi aktiviti partial e-waste. ?? Minit mesyuarat serta maklumbalas bertulis berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh JAS Negeri akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan