Penerangan
SESI PERBINCANGAN MENGENAI PROJEK FAST-TRACK KAPAL PENJANAKUASA 'KARPOWERSHIP' MENGENAI KEPERLUAN ALAM SEKITAR YANG PERLU DIPATUHI
?? Tarikh: 16 Ogos 2023 (Rabu)
? Masa: 9.00 - 11.30 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah
????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) MAA, PP(K) FM & PP ZS
???????????? Kehadiran Penggerak Projek (PP): Lima (5) orang wakil pihak Karpowership dan Tiga (3) orang wakil dari Energy Commission of Sabah (ECoS)
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak JAS Sabah susulan daripada surat ulasan dan input teknikal mengenai projek ini yang telah dikeluarkan oleh JAS Sabah kepada pihak ECoS bertarikh 13 Julai 2023.
?? Pihak PP menyatakan komitmen penuh untuk mematuhi semua keperluan alam sekitar yang digariskan dalam surat ulasan yang dikeluarkan oleh pihak JAS. Walau bagaimanapun, terdapat dua (2) perkara / isu yang dibangkitkan yang memerlukan nasihat lanjut daripada pihak JAS Sabah iaitu mengenai keperluan EIA bagi 15 MW steam turbine dan pematuhan pelepasan udara kepada nilai batas yang ditetapkan di bawah PUB 2014.
?? Pihak PP menjelaskan design rating bagi steam turbine yang akan dipasang bagi projek ini adalah 15 MW tetapi mengambilkira bilangan reciprocating engine yang akan dipasang, keupayaan maksimum yang dijangkakan hanya 6 MW iaitu tidak melebihi 10 MW. Dalam hal ini, pihak PP diminta untuk memberi maklumbalas secara bertulis beserta dokumen teknikal sokongan kepada pihak JAS Sabah untuk penelitian dan rekod Jabatan.
?? Pihak PP juga memaklumkan memandangkan bahanapi yang digunakan iaitu HFO dengan kualiti sulfur 3.5%, adalah mustahil untuk mematuhi nilai batas yang ditetapkan di bawah PUB 2014 terutamanya bagi parameter SOx < 400 mg/m3. Dalam hal ini, pihak ECoS dan PP diminta untuk merujuk kepada Bahagian Udara, JAS Ibu Pejabat kerana pada dasarnya, semua premis adalah diwajibkan untuk mematuhi nilai batas yang telah ditetapkan.
?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan memandangkan projek ini melibatkan kepentingan awam dan melibatkan keperluan asas tenaga elektrik kepada pengguna dan rakyat, pihak ECoS yang mewakili Kerajaan Negeri Sabah dinasihatkan untuk merujuk dan berhubung terus dengan pihak JAS Ibu Pejabat bagi memudahcara pelaksanaan projek ini terutamanya dalam hal-hal yang memerlukan pengecualian khas (fast-track project).