PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN TERMA KERJA TANAH DALAM PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PROJEK PEMBANGUNAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR

DOE Sabah 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN TERMA KERJA TANAH DALAM PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PROJEK PEMBANGUNAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT PENYELARASAN TERMA KERJA TANAH DALAM PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN PROJEK PEMBANGUNAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR ?? Tarikh: 15 Ogos 2023 (Selasa) ?? Masa: 9.30 - 11.30 Pagi ?? Tempat: Secara Atas Talian (Google Meet) ???? Pengerusi: YBrs. Puan Rohimah Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat ?? Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat ?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 40 orang hadir wakil Bahagian di JAS Ibu Pejabat & JAS Negeri & JKR Malaysia, JKT KPKT, JMG, PLANMalaysia dan lain-lain. ?? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: 1?? Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Bahagian Penilaian sedang menyelaraskan terma penggunaan "kerja tanah" yang akan ditafsirkan di dalam perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi projek-projek pembangunan. 2?? Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi mendapatkan input daripada Jabatan dan Agensi berkaitan yang mempunyai kepakaran dalam aktiviti kerja tanah dan mempunyai tafsiran terma kerja tanah dalam perundangan masing-masing serta input daripada JAS Negeri yang menguatkuasakan syarat-syarat kelulusan Laporan EIA di lapangan. 3?? Mesyuarat dimaklumkan terma ‘gangguan tanah’ digunakan oleh JAS kerana mengambilkira impak pencemaran daripada aktiviti pembersihan tapak (land/site clearing) sebelum aktiviti kerja tanah dijalankan. 4?? Mesyuarat bersetuju menetapkan satu panduan akan diberikan kepada Pegawai Penguatkuasa JAS yang menjelaskan bahawa terma ‘gangguan tanah’ tidak termasuk aktiviti pemasangan pagar kawasan (hoarding) tapak projek, majlis pecah tanah, pemasangan papan tanda, jalan masuk (entrance) tapak dan lain-lain aktiviti gangguan tanah yang dijangkakan tidak memberi kesan / pencemaran yang signifikan kepada alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan