Penerangan
BENGKEL PEMETAAN PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSAN PERMIT PEMBINAAN DI SABAH
??? Tarikh: 14 Ogos 2023 (Isnin)
?? Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Petang
?? Tempat: Hilton Hotel, Kota Kinabalu
?? Anjuran: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah & Malaysia Productivity Corporation (MPC)
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM
?? Ringkasan Laporan Bengkel:
?? Pihak KKTP Sabah dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) sedang membangunkan Draf Manual Proses Permohonan dan Kelulusan Permit di Sabah.
?? Pembangunan manual ini adalah selaras dengan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Uniform Building By-laws 2022 - UBBL 2022) yang baru dan seterusnya menambahbaik manual proses sediaada.
?? Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan ulasan pihak yang berkepentingan (stackholder) untuk membantu pihak KKTP dan MPC menyediakan Draf Manual Proses Permohonan dan Kelulusan Permit dengan mengambilkira keperluan teknikal dan undang-undang daripada Jabatan/Agensi yang berkaitan.
?? Wakil JAS Sabah telah memberikan input mengenai peranan JAS Sabah dalam meluluskan Laporan EIA bagi pembangunan projek yang melibatkan Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) dibawah Perintah EIA 2015. Kajian EIA dan pengemukaan Laporan EIA hendaklah dilaksanakan sebelum Pelan Pembangunan (DP) dikemukakan kepada PBT kerana kelulusan Laporan EIA adalah salah satu dokumen teknikal yang menjadi panduan untuk membantu pihak PBT mempertimbangkan kelulusan DP Projek.
?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan peranan JAS Sabah dalam memberi ulasan dan input teknikal terhadap pelan pembangunan (DP) yang diterima daripada PBT termasuk keperluan Kebenaran Bertulis (KB) untuk pembinaan premis yang ditetapkan (PYDT KKS, KG dan BT) serta keperluan Pemberitahuan Bertulis (PB) sebelum sebarang pembinaan dan pemasangan Alat Pembakaran Bahanapi (APB) serta Sistem Kawalan Pencemaran (SKP) dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya.
?? Bengkel ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi dan Jabatan berkaitan (stackholders) termasuk Majlis-Majlis Daerah di bawah KKTP Sabah, Sabah Housing And Real estate Developers Association (SHAREDA), IEM Sabah, PAM Sabah Chapter dan lain-lain serta akan berlangsung selama tiga (3) hari sehingga 16 Ogos 2023.