PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED DEVELOPMENT OF RUN OF RIVER HYDROELECTRIC PLANTS IN SUNGAI MALIGAN AND HULU SUNGAI PADAS WITH TOTAL POTENTIAL CAPACITY OF 170 MW, SIPITANG, SABAH"

DOE Sabah 31/08/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED DEVELOPMENT OF RUN OF RIVER HYDROELECTRIC PLANTS IN SUNGAI MALIGAN AND HULU SUNGAI PADAS WITH TOTAL POTENTIAL CAPACITY OF 170 MW, SIPITANG, SABAH"
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED DEVELOPMENT OF RUN OF RIVER HYDROELECTRIC PLANTS IN SUNGAI MALIGAN AND HULU SUNGAI PADAS WITH TOTAL POTENTIAL CAPACITY OF 170 MW, SIPITANG, SABAH" ?? Tarikh: 11 Ogos 2023 (Jumaat) ? Masa: 9.00 - 11.30 Pagi ?? Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, Wisma IDS, Penampang ??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Vitalis J. Moduying (Pengarah JPAS) ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM ?? Agenda Mesyuarat: ?? Kata Alu-aluan Pengerusi; ?? Taklimat Laporan EiA oleh Perunding Alam Sekitar ??????? Penggerak Projek: Jentayu Sustainables Berhad dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dan SESB ??????? Jururunding EIA: Kinabalu Environmental Consultancy Sdn Bhd ?? Perbincangan ?? Ringkasan & Laporan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat ini telah dihadiri seramai lebih 30 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA. 2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek dan SESB serta pihak jururunding EIA bagi cadangan aktiviti pembangunan Loji Penjanaan Kuasa Hidroelektrik dengan jumlah kapasiti penjanaan 170 MW di Sipitang, Sabah 3?? Wakil JAS Sabah telah memberi input mengenai keperluan yang perlu dipatuhi oleh Penggerak Projek di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya khususnya dalam pengurusan buangan terjadual, kawalan gegaran daripada aktiviti rock blasting dan kawalan bunyi bising daripada operasi powerhouse. Ulasan dan input teknikal secara bertulis telah dikemukakan kepada JPAS melalui surat bertarikh 18 April 2023. 4?? Wakil JAS Sabah juga meminta pihak Perunding EIA untuk mengkaji penilaian impak dengan lebih terperinci dan menyeluruh berdasarkan aktiviti projek bagi kawalan hakisan dan sedimen memandangkan projek ini melibatkan isipadu gangguan tanah yang tinggi dan sangat dekat dengan Sungai Maligan dan Hulu Sungai Padas serta terdapat kawasan skim projek terletak di atas takat pengambilan air. 5?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat. Sekian untuk makluman.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan