Penerangan
STAKEHOLDER WORKSHOP DI BAWAH KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM, SEMPORNA, SABAH
??? Tarikh: 10 Ogos 2023 (Khamis)
?? Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: The Palace Hotel, Kota Kinabalu
?? Anjuran: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah & DHI Malaysia
??????????? Kehadiran JAS Sabah: KC SNA & PP(K) FM
?? Ringkasan Laporan Bengkel:
?? Pihak JPAS melalui perunding yang dilantik iaitu syarikat DHI Water & Environment (M) Sdn. Bhd. sedang menjalankan Kajian Penyediaan Penilaian dan Penyediaan Pelan Pengurusan bagi Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah bagi tempoh lapan belas (18) bulan bermula 8 September 2022.
?? Salah satu aktiviti di bawah kajian ini adalah pembangunan kapasiti bagi agensi-agensi teknikal yang berkaitan.
?? Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan ulasan pihak yang berkepentingan (stackholder) untuk membantu pihak JPAS memperhalusi dapatan kajian di lapangan serta penyediaan strategi pengurusan yang efektif untuk Kluster Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom.
?? Wakil JAS Sabah memaklumkan isu pembangunan Resort dan kemudahan rekreasi & pelancongan secara haram hendaklah ditangani segera supaya kawalan melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
?? Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai lebih 30 orang peserta dari pelbagai agensi dan Jabatan berkaitan (stackholders) termasuk Majlis Daerah Semporna dan Pejabat Daerah Semporna serta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.