Penerangan
??? Tarikh: 7 Ogos 2023 (Isnin)
?? Masa: 8.30 Pagi - 2.00 Petang
?? Tempat: Mataking Room, Level 2, Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu
?? Anjuran: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah & DHI Malaysia
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM & PJ RLSK
?? Ringkasan Laporan Sesi Latihan:
?? Pihak JPAS melalui perunding yang dilantik iaitu syarikat DHI Water & Environment (M) Sdn. Bhd. sedang menjalankan Kajian Penyediaan Penilaian dan Penyediaan Pelan Pengurusan bagi Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah bagi tempoh lapan belas (18) bulan bermula 8 September 2022.
?? Sesi latihan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta meningkatkan pengetahuan dan pemahaman dalam menyepadukan prinsip mengarusperdana alam sekitar dalam penelitian pelan pembangunan dan menilai impak terhadap alam sekitar dan kawasan sensitif di kluster Pulau Mabul dan Pom-Pom.
?? Para peserta telah diberikan latihan secara hands-on bagi menilai pelan pembangunan (DP) dengan cadangan pembangunan Resort di Pulau Kulapuan seluas 2 hektar, pembinaan jeti sepanjang 90 meter dan naiktaraf resort sediaada di Pulau Mabul.
?? Sesi latihan ini telah dihadiri oleh seramai lebih 30 orang peserta dari pelbagai agensi dan Jabatan berkaitan (stackholders) termasuk Majlis Daerah Semporna dan Pejabat Daerah Semporna.
Sekian untuk makluman.
Unit EIA & Input Pembangunan