Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
TARIKH : 12.08.23
MASA : 8.00 AM - 05.00 PM
ANGGOTA : PPKK JJ/PPK WANA/PJ ER
TUGAS :
1. Siasatan aduan PT di Keningau dan PT di Tenom
2. Rondaan Darat
KAWASAN RONDAAN:-
Beaufort - Membakut - Keningau - Tenom - Beaufort
PENEMUAN :
1?? Siasatan Aduan PT berdepan Kolej Vokasional Keningau / Taman Adika.
- Aduan adalah berasas, 1 tompok PT telah dikenalpasti
- PT kawasan belukar di bahu jalan utama
- Pelaku PT tidak dikenalpasti dan pengadu juga tidak mengetahui punca sebenar PT tersebut
- PT telah padam sepenuhnya
2?? Aduan PT di Tenom sebelah SMK Tenom
- Aduan adalah berasas, terdapat kesan PT di lokasi yang diadu
- PT pada mulanya dilakukan oleh keluarga Cikgu Yen bagi bersihkan belukar tetapi merebak ke kebun getah bersebelahan (tanah pemilik lain)
- Rumah bersebelahan kebun getah telah laporkan PT kepada pihak Bomba dan telah ambil inisiatif padam PT guna jengkaut membuat barrier.
- pada hari ketiga, PT telah padam sepenuhnya
- Pelaku telah diberi amaran untuk buat pemantauan berterusan dan laporkan pada pihak Bomba jika berlaku semula kebakaran
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1. Kedua-dua pengadu telah dihubungi dan dimaklumkan hasil siasatan
2. Edaran risalah dan amaran lisan telah diberi kepada pelaku PT di Tenom
3. Rondaan dari semasa ke semasa pemantauan PT
Cuaca : Panas
Sekian.