Penerangan
21 Ogos 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Ogos 2023 di Bilik Mesyuarat, Aras 19 Menara Persekutuan, MITC Melaka pada hari ini.
Ucapan amanat oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah disampaikan semasa majlis berkenaan, turut diadakan adalah sesi penyerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Orang Yang Berwibawa dan cenderamata kepada peserta Program ‘Fat to Fit’.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima sijil dan cenderamata serta teruskan usaha dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama