PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI TAKLIMAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI PROJEK ZLNG

DOE Sabah 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI TAKLIMAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI PROJEK ZLNG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

??? Tarikh: 2 Ogos 2023 (Rabu) ?? Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari ?? Tempat: Grand Ballroom, Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu ?? Anjuran: PETRONAS Sabah & Labuan ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM ?? Ringkasan Laporan Sesi Taklimat: ?? Tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah untuk menyampaikan makluman kepada pihak berkuasa tempatan, jabatan serta agensi berkaitan mengenai Projek ZLNG dan aktiviti yang dirancang dan memohon kerjasama dan sokongan daripada pihak berkuasa tempatan, jabatan serta agensi berkaitan semasa perancangan dan pelaksanaan projek. ?? Projek ini merupakan pembangunan loji pengeluaran Liquefied Natural Gas (LNG) dengan kapasiti 2.0 juta tan setahun yang terletak di atas laut di pesisir pantai (nearshore floating facility) dan onshore facility di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP), Sipitang, Sabah. ?? Pelaksanaan pembangunan projek ini dijangkakan akan bermula pada bulan Mac 2024 bagi tempoh tiga ke empat (3-4) tahun dan dijangkakan bermula operasi (start-up) sepenuhnya pada bulan Mei 2027. ?? Laporan EIA bagi projek ini telah diluluskan oleh JAS Sabah pada 23 September 2022 dan dimaklumkan terdapat perubahan kepada konsep projek iaitu komponen loji janakuasa (powerplant) yang melibatkan keperluan untuk mengemukakan Laporan Revised EIA kepada JAS. ?? Wakil JAS memaklumkan kelulusan Laporan Revised EIA dan kelulusan dokumen EMP hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum sebarang pelaksanaan projek dimulakan. Penggerak Projek dan kontraktor/sub-kontraktor yang dilantik hendaklah memastikan syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dipatuhi TANPA GAGAL sepanjang pelaksanaan pembangunan projek sehingga ke fasa operasi. Sekian untuk makluman.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan