PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM KENDERAAN ENJIN DIESEL (OPS STATIK) BERSAMA JPJ, AADK dan POLIS TRAFIK WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

DOE WP Labuan 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM KENDERAAN ENJIN DIESEL (OPS STATIK) BERSAMA JPJ, AADK dan POLIS TRAFIK WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh : 14 Ogos 2023 Masa : 9 pagi sehingga 11 pagi Lokasi : Stesen Timbang JPJ Penglibatan: JAS WP Labuan dan JPJ WP Labuan Kehadiran JAS: PGH, PPKT LJ, PPKK DYA, PPK MS, PPK MMA, PJ GOG, PJ OJ, PJ JA & PJ AS 14 Ogos 2023, LABUAN - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pelepasan Asap Hitam Kenderaan Enjin Diesel (OPS STATIK) bertempat di Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan WP Labuan. Operasi ini melibatkan 9 anggota dari JAS WP Labuan, turut disertai oleh 11 orang anggota JPJ Labuan, 6 anggota AADK and 2 anggota polis trafik. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan juga turut sama menyertai penguatkuasaan ini. OPS STATIK merupakan salah satu inisiatif JAS bertujuan untuk meningkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas kenderaan bermotor bagi memastikan pelepasan asap hitam dari kenderaan mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Secara keseluruhannya, sebanyak 10 unit kenderaan dengan enjin diesel berbagai jenis telah diujikan dengan alat pengukuran pelepasan asap daripada keseluruhan kenderaan yang diperiksa secara Ops Visual sebanyak 129 unit kenderaan dengan enjin diesel. Dalam OPS STATIK pada kali ini sebanyak 1 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ditetapkan dan diserahkan kpada pihak JPJ Labuan. 1 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit bagi menjalani ujian semula. OPS STATIK ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor mematuhi PPKAS (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama Sekian. #JASMalaysia #JASWPLabuan