Penerangan
18 Ogos 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Menara Persekutuan Melaka yang diadakan di lobi Menara Persekutuan.
Pada majlis ini wakil-wakil Jabatan yang hadir telah menerima bendera Malaysia yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang untuk dikibarkan di pejabat masing-masing. Semangat patriotisme turut disemai dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Melaka Maju Jaya, bacaan ikrar Rukun Negara dan deklamasi puisi kemerdekaan bertajuk Pesanan buat Bangsaku oleh Encik Mohd Zulkefli bin Mohd Noor, Ketua Nazir Negeri Melaka. Tema Hari Kebangsaan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama