PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (SOSIAL) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DI DALAM PROGRAM ‘SMALL ACT BETTER WORLD’

DOE Melaka 18/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (SOSIAL) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DI DALAM PROGRAM ‘SMALL ACT BETTER WORLD’
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

18 Ogos 2023 MiCOST, MELAKA - Program 'SMALL ACT BETTER WORLD' merupakan sebuah program tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang dianjurkan pada 16/8/2023 (Rabu) oleh Program Diploma Sains secara usahasama UiTM, Program Diploma Psikologi kerjasama UoC dan Bahagian Kualiti Dan Pusat Bertauliah, MiCOST dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka. Program yang berlangsung selama dua hari in bertemakan 'GREEN DAY' yang menyokong dua objektif utama dalam Sustainable Development Goals (SDG) atau dalam erti kata lain Matlamat Pembangunan Lestari iaitu, Goal 11: Sustainable Cities and Community dan Goal 14: Life below Water. Ceramah kesedaran bertajuk Kepentingan Memelihara Alam Sekitar dan Hubungannya dengan Kesejahteraan Psikologi (Sosial) telah disampaikan oleh Encik Muhammad Faiz bin Mohd Shafie daripada Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Jabatan menyokong sebarang program atau aktiviti yang mendorong ke arah kelestarian alam sekitar khususnya di Negeri Melaka. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan