Penerangan
18 Julai 2023, Kuching: Mesyuarat Penyelarasan Loji Rawatan Air (LRA) tahun 2023 telah diadakan di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan dihadiri oleh operator-operator pengendali loji rawatan air seluruh Negeri Sarawak. Mesyuarat yang diadakan secara tahunan ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pematuhan loji-loji rawatan air terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 secara keseluruhan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, En. John Rampai.