PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

AUDIT KUALITI AIR MARIN DI NEGERI MELAKA

DOE Melaka 25/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT KUALITI AIR MARIN DI NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

21 OGOS 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah menjalankan audit persampelan air marin pada 17 Ogos 2023 yang lepas ke atas kontraktor Pakar Scieno TW Sdn. Bhd (PSTW) dimana Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka juga turut serta. Sebanyak 13 stesen terlibat dalam audit persampelan tersebut melibatkan pesisir pantai, muara sungai dan pulau. Antara stesen yang telibat dalam audit persampelan ini adalah; Stesen Pesisir Pantai (7 stesen) MMMC002 Pantai Kundur MMMC001 Pantai Rombang MMMC007 Pulau Melaka B1 MMMC008 Pulau Melaka B2 MMMC005 Pulau Melaka A1 MMMC006 Pulau Melaka A2 MMMC009 Pantai Klebang Stesen Muara Sungai ( 4 stesen) MMME001 Kuala Sg. Melaka 1 MMME002 Kuala Sg. Melaka 2 MMME008 Kuala Sg. Lereh MMME002 Kuala Sg. Sri Melaka Stesen Pulau (2 Stesen) MMMR001 UPEH A MMMR002 UPEH B Untuk makluman jumlah keseluruhan stesen pemantauan marin di Negeri Melaka adalah sebanyak 24 stesen persampelan dimana 23 stesen adalah stesen manual dan 1 stesen adalah stesen automatik yang terletak di Pulau Undan. Data-data persampelan air marin yang dicerap akan digunakan untuk pengiraan Indeks Kualiti Air Marin Malaysia (IKAM). Penggunaan Indeks Kualiti Air Marin merupakan satu kaedah untuk menilai dan melaporkan status kualiti air di persekitaran marin negara. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang https://mqims.doe.gov.my/mqims_manual/home_manual.html. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama