PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Bengkel Pemantapan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005

DOE Sarawak 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Bengkel Pemantapan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

17-18 Julai 2023, Kuching: Pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak telah menyampaikan taklimat berbentuk sesi latihan 2 hari kepada seramai lebih kurang 40 orang pegawai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) di dalam Bengkel Pemantapan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di Kuching, Sarawak. Pelaksanaan bengkel ini adalah anjuran NREB dengan kerjasama JAS Sarawak selepas dicadangkan oleh JAS Sarawak di dalam lawatan kerja ke pejabat Controller NREB sebelum ini. Bengkel ini adalah sebagai persediaan kepada pegawai-pegawai NREB di dalam penguatkuasaan pengurusan buangan terjadual di Negeri Sarawak yang termasuk di dalam 'transition of power' di bawah perjanjian MA63. Turut hadir di dalam bengkel ini adalah Pengarah JAS Sarawak dan Controller NREB. Majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada para peserta dan penceramah bengkel telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan