Penerangan
10 Julai 2023 - Kuching, Sarawak
Satu lawatan kerja telah diadakan di Sar-Alam Indah Sdn Bhd (Matang Septic Sludge Treatment Plant) oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan negeri bertujuan untuk memberi pendedahan dan informasi kepada semua pihak yang terlibat di dalam pengurusan dan pengendalian kumbahan mentah bermula dari aktiviti penerimaan, pemprosesan dan pelupusan enapcemar kumbahan tersebut.
Rombongan lawatan telah dibawa melihat secara dekat sistem pengolahan kumbahan premis beserta diberi penerangan yang jelas dan berinformatif bagi setiap proses yang terlibat di dalam sistem pengolahan tersebut.
Selain JAS Sarawak, turut serta di dalam lawatan adalah wakil dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak (JPP), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Lembaga Kemajuan Bintulu (LKB), Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.