Penerangan
20 Julai 2023, Bintulu : Satu operasi bersepadu di antara JAS Negeri Sarawak bersama JAS Cawangan Bintulu, IPD Trafik Bintulu dan JPJ Bintulu telah dijalankan di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak.
Dalam operasi yang melibatkan penguatkuasaan pelepasan asap hitam kenderaan berenjin diesel ini, 150 kenderaan telah diperiksa secara visual dan 10 kenderaan telah diuji menggunakan meter asap oleh JAS.
Hasil daripada ujian tersebut lima (5) buah kenderaan dikenakan notis arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan empat (4) tawaran kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Semua pemilik kenderaan berenjin diesel dan petrol adalah diperingatkan supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan pada setiap masa.