PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak Dan JAS Cawangan Miri Bersama IPD Trafik Miri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri Dan Kastam Miri

DOE Sarawak 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak Dan JAS Cawangan Miri Bersama IPD Trafik Miri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri Dan Kastam Miri
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Miri

Penerangan

MIRI, 21 Julai 2023 : Operasi bersepadu di antara JAS Sarawak bersama JAS Cawangan Miri, IPD Trafik Miri, JPJ Miri dan KASTAM Miri yang dijalankan di Jalan Bintulu-Miri, Sarawak mencatatkan pemeriksaan secara visual ke atas 100 buah motosikal dan 10 kenderaan berenjin diesel oleh JAS Sarawak dan JAS Cawangan Miri. Dalam operasi yang melibatkan Ops Statik Diesel dan Kawalan Bunyi Bising oleh JAS merekodkan 4 buah motosikal telah diuji pelepasan had bunyi bising dengan 1 motosikal telah dikenakan 1 notis dan 1 tawaran kompaun manakala beberapa kenderaan berenjin diesel telah diuji menggunakan meter asap dan pelepasan adalah mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Semua pemilik kenderaan berenjin diesel dan petrol serta pemilik motosikal adalah diperingatkan supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan pada setiap masa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan