PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kunjungan Hormat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Ke Pejabat Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Sarawak

DOE Sarawak 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kunjungan Hormat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Ke Pejabat Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Sarawak
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

15 Ogos 2023, BINTULU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan bertemu dengan YBhg Datu Haji Muhamad Yakub bin Kari, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara JAS dan BDA. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Sarawak, Tuan John Rampai diiringi Ketua Cawangan JAS Bintulu, Encik Abdul Mazli Hafiz bin Abdul Malik serta pasukan penguatkuasaan post EIA JAS Negeri Sarawak. Dalam pertemuan ini, beberapa isu pembangunan dan alam sekitar di kawasan Bintulu telah dikongsikan bersama yang memerlukan kerjasama erat antara agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk penyampaian perkhidmatan berkualiti demi kesejahteraan rakyat. Turut dibincangkan adalah memperkasakan penggunaan data alam sekitar bagi melestarikan alam sekitar selari dengan Pelan Strategik BDA baru menjadikan Bintulu sebagai “Low Carbon Industry Hub”. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) atas masa yang diluangkan untuk pertemuan ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan