Penerangan
Lawas, 27 Julai 2023 - Satu Program Uji Cuba & Latih Amal Prosedur Tetap Operasi (PTO) Pencegahan Dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu telah diadakan di Jalan Bypass Banting - Pulau Salam, Lawas, Sarawak.
Program ini telah disertai oleh hampir 70 anggota dari pelbagai agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan PTO ini. Sesi taklimat mengenai fungsi infrastruktur telaga tiub dan sekatan air telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), manakala Pasukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Lawas telah menunjukkan demonstrasi pemadaman kebakaran api di tanah gambut.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P. 222 Lawas, Dato Henry Sum Agong dan turut dihadiri Residen Bahagian Limbang, Tn Haji Unus bin Tambi. Pengamal media tempatan iaitu RTM Limbang dan TVS serta Utusan Sarawak juga turut serta hadir membuat liputan program.
Sehari sebelumnya, Tuan Pengarah JAS Sarawak, En John Rampai telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Program Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut dan Kawasan Berisiko Kebakaran Peringkat Negeri Sarawak Bil. 2/2023 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lawas.
#NRECC
#JabatanAlamSekitarMalaysia
#JASSarawak
#AlamSekitarTanggungjawabBersama