Penerangan
SEBAUH, 7 Ogos 2023 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Cawangan Bintulu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah mengadakan satu program kesedaran alam sekitar di bawah Program Komuniti Pencegahan & Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Tahun 2023 bertempat di Dewan Komuniti Kampung Labang, Sebauh, Sarawak.
Program ini turut diadakan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-45 penubuhan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil jabatan persekutuan dan negeri, murid-murid sekolah serta komuniti setempat yang mana mereka teruja dengan konsep turun padang dengan membawa mesej kepentingan penjagaan alam sekitar. Kempen menghentikan pembakaran terbuka juga telah diadakan bagi menjaga kualiti udara terutamanya pada musim kering.
Antara pengisian program tersebut melibatkan pameran dan ceramah alam sekitar daripada pihak Lembaga Kemajuan Bintulu, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Cawangan Bintulu dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Selain itu, aktiviti pertandingan mewarna juga telah diadakan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Lavang. Komuniti setempat juga didedahkan dengan sesi memasak Baking Chicken Pie oleh chef dari Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
Simbolik perasmian program tersebut adalah penanaman 10 anak pokok dari spesis Belian (Eusideroxylon Zwageri) di pekarangan jeti Kampung Labang, Sebauh.
Menariknya, seramai lebih kurang 150 orang peserta terdiri daripada ahli RAS, wakil agensi kerajaan persekutuan dan negeri, IPTA, murid-murid sekolah dan komuniti setempat telah terlibat dalam bersama-sama menjayakan program kesedaran alam sekitar kali ini.
#NRECC
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jassarawak