Penerangan
16 OGOS 2023, MELAKA – Seramai 2 orang wakil Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalani latihan menyelamat di arus deras (Swift Water Rescue) di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baru, Selangor. Selain itu 6 orang wakil negeri dari JAS Ibupejabat, JAS Kuala Lumpur dan JAS Selangor menjadikan jumlah peserta terlibat seramai 8 orang peserta wanita. Latihan ini di bawah program pengawasan kualiti alam sekitar (EQMP) bagi latihan kecemasan dan keselamatan dalam air pada 09 Ogos hingga 10 Ogos 2023. Ia merupakan anjuran Jabatan Alam Sekitar Ibupejabat dan juga Pakar Scieno TW Sdn. Bhd (PSTW). Jurulatih dari Syarikat Aqua Putra Malaysia adalah dilantik untuk melatih bagi sesi latihan ini.
Objektif Latihan memberi pendedahan kearah peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan pengurusan bencana, teknik penyelamatan, kemahiran penggunaan peralatan, kemahiran ikatan tali, lain-lain aspek yang berkaitan, meningkatkan keupayaan semasa mengendalikan insiden yang berlaku secara cepat dan berkesan. Ia juga meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah penyelamatan di arus deras seperti di sungai dan banjir dan peserta dapat mempelajari, menyalurkan dan mempraktikan teknik penyelamatan di arus deras secara sistematik serta mempelajari teknik pengendalian dan penggunaan peralatan yang betul.
Semoga ilmu ini bermanafaat dan dapat membantu diri sendiri atau orang lain dimasa akan datang.