PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) bagi Tetuan FE Green Pet (M) Sdn. Bhd.

DOE Melaka 25/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) bagi Tetuan FE Green Pet (M) Sdn. Bhd.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

21 Ogos 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA pada 11 Ogos 2023 yang lalu bagi bermesyuarat berkaitan Laporan EIA bertajuk ‘Proposed Renewed Plastic Manufacturing Plant on Lot 15739 (PT 2549), Hicom Pegoh Industrial Park, 78000 Alor Gajah, Melaka oleh FE Green Pet (M) Sdn. Bhd. Ahli mesyuarat meliputi Penggerak Projek, Perunding serta Jabatan dan Agensi berkepentingan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka iaitu Tuan Rosli bin Mustafa. Hasil kajian EIA yang dijalankan oleh pemohon mendapati aktiviti ini adalah tertakluk kepada Jadual Pertama Aktiviti 14 (b)(ii) Perintah Kualiti alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu: 14. Pengolahan dan Pelupusan Buangan (b)(ii) Sisa Pepejal: Pembinaan loji pulih guna atau loji kitar semula #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama