PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

SIASATAN INSIDEN KEBAKARAN KONTENA DI ATAS KAPAL MV KMTC SHENZHEN DI PELABUHAN BARAT (WESTPORT), KLANG

DOE Selangor 16/08/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN INSIDEN KEBAKARAN KONTENA DI ATAS KAPAL MV KMTC SHENZHEN DI PELABUHAN BARAT (WESTPORT), KLANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
16/08/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

13 Ogos 2023 (Ahad) - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan siasatan di sekitar kawasan perairan Pantai Acheh susulan insiden kebakaran kontena di atas kapal MV KMTC Shenzhen yang dilaporkan melalui saluran komunikasi Pengurusan Bencana Daerah Klang pada awal pagi, 13 Ogos 2023. Insiden kebakaran dilaporkan berlaku di perairan Pantai Acheh (koordinat 2.8744087,101.1041030) iaitu terletak sejauh 6 batu nautika dari Pelabuhan Barat, Klang semasa kapal sedang menunggu giliran masuk ke Pelabuhan tersebut sekitar jam 6.45 petang, 12 Ogos 2023 (Sabtu). Tinjauan oleh pihak JAS mendapati kerja-kerja pemadaman masih dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut dibantu oleh aset Jabatan Laut Malaysia (JLM). Persampelan kualiti air laut di sekitar kapal MV KMTC Shenzhen telah dijalankan dan didapati tiada sebarang kesan tompokan minyak atau oil sheen kelihatan di sekeliling kapal. Siasatan seterusnya dilanjutkan ke pesisir kawasan Pulau Tengah, yang mana lokasi yang diramalkan minyak akan terdampar sekiranya berlaku tumpahan berdasar kepada cerapan trajektori pergerakan minyak. Hasil pemerhatian juga mendapati tiada kelihatan minyak atau oil sheen di pesisir Pulau Tengah tersebut. Pemantauan oleh JAS Selangor masih diteruskan bagi memastikan insiden tersebut tidak menyebabkan pencemaran ke persekitaran marin dan kawasan pantai yang berhampiran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan