Penerangan
Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Alam Sekitar, Dr. Norhazni binti Mat Sari menerima kunjungan hormat daripada delegasi Maritime and Port Authority Brunei Darussalam (MPABD) di Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya dan Delegasi MPABD diketuai oleh Puan Salmaya Rahayu Binti Salleh, Assistant Chief Executive.
Kunjungan hormat delegasi MPABD bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dalam hal ehwal pengurusan kawalan tumpahan minyak dan membincangkan hala tuju bagi mengemaskini Standard Operating Procedure (SOP) Joint Oil Spill Combat in the South China Sea Including Brunei Bay for Brunei – Malaysia yang telah dipersetujui oleh kedua-dua Negara pada tahun 1995.
Delegasi MPABD turut melawat ke Pusat Data Alam Sekitar (Environmental Data Centre, EDC) di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Program, EQMP) bagi mendengar taklimat mengenai Rangkaian Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Kebangsaan di Malaysia.