Seksyen Audit Beban Pencemaran, Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) telah mengadakan Sesi Libat Urus Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Siri 1/ 2023 pada 3 hingga 6 Julai 2023 di Imperial Heritage Hotel, Melaka.
Program ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS negeri terpilih yang juga telah dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa
Task Force Semakan PPKAS (EP) 2009. Turut hadir ialah wakil daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan alam sekitar di negeri Melaka.
Objektif Sesi Libat Urus ini adalah untuk:
- Mendapatkan input dan maklum balas peserta sesi libat urus dan agensi luar yang dijemput bagi pelaksanaan Trade Effluent dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 – PPKAS (EP) 2009;
- Mendapatkan input dan maklum balas peserta sesi libat urus dan agensi luar yang dijemput bagi pindaan dan pengemaskinian dokumen panduan berkaitan PPKAS (EP) 2009; dan
- Mengemas kini maklumat dalam dokumen garis panduan berkaitan PPKAS (EP) 2009.