PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM KUNJUNG MESRA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS

DOE Perlis 14/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KUNJUNG MESRA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
14/08/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

10 OGOS 2023, KANGAR – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menerima kunjungan mesra dari Universiti Malaysia Perlis bagi membincangkan usahasama bagi pelaksanaan program-program kesedaran alam sekitar yang melibatkan pensyarah dan mahasiswa. Delegasi UniMAP yang diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam, Prof. Madya Ts. Dr. Che Zulzikrami Azner Bin Abidin bersama Pengarah Pusat Pengurusan Tenaga Dan Kampus Lestari, Prof. Madya Ts. Dr. Irnis Azura Zakarya bersama para pensyarah telah membincangkan program-program yang dirancangkan untuk dijalankan sepanjang tahun 2023 yang melibatkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak. Jalinan kerjasama dua hala ini amat penting dalam memantapkan usaha untuk mendidik dan menyemai semangat cintakan alam sekitar kepada generasi muda terutamanya warga UniMAP demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak Universiti Malaysia Perlis di atas jalinan kerjasama ini. Semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan alam sekitar Negeri Perlis ini terus terpelihara. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_ogos2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan