Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 02.08.2023 (Rabu)
MASA : 08:00AM - 5:30PM
PEGAWAI PERONDA :
PPK MZCY, PJ ASAS & PMD KH
KAW. RONDAAN:
Jln. Labuk, Bt.7, Sandakan - Jln. Segaliud - Jln. Kota Kinabatangan - Kg. Paris
TUGAS:
1. Pemeriksaan CAC di KL-Kepong (Sabah) Sdn. Bhd. (Kilang Kelapa Sawit Bornion) & Melewar Properties Sdn. Bhd. (Melewar Palm Oil Mill)
2. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
KL-Kepong (Sabah) Sdn. Bhd. (Kilang Kelapa Sawit Bornion)
1. Premis dikehendaki menyegerakan pembinaan bumbung penstoran tandan kosong kelapa sawit (TKKS).
2. Kerja-kerja pemasangan SKPU jenis Ceramic Multicyclone telah siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak premis dikehendaki mengemukakan borang Perisytiharan Bertulis tidak lewat daripada tempoh 30 hari dari tarikh permulaan operasi SKPU.
3. Sisa-sisa pepejal seperti EFB dan boiler ash diuruskan dengan baik.
4. Pelupusan efluen di kawasan pengairan tanah (ladang) diselenggara dengan baik dan terkawal.
5. Good house keeping dan penyenggaraan yang baik hendaklah dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Melewar Properties Sdn. Bhd. (Melewar Palm Oil Mill)
1. Kerja-kerja pemasangan SKPU jenis Electrostatic Precipitator (ESP) 85% siap dan masih berjalan.
2. Pihak premis dikehendaki mengadakan mesyuarat Environmental Performance Monitoring Committee (EPMC) minimum setiap suku tahun.
3. CEMS berfungsi dengan baik dan data terkini yang dicerap server DOE adalah pada 30.07.23 dengan bacaan 12.769% (opacity).
4. Pelupusan efluen di kawasan pengairan tanah (ladang) diselenggara dengan baik dan tiada sebarang limpahan efluen.
5. Good house keeping dan penyenggaraan yang baik hendaklah dipertingkatkan dari masa ke semasa.
RONDAAN OMPT
1. Tiada PT dikesan semasa rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. Field Citation (2)
2. Syor Notis Arahan (1)