Penerangan
TARIKH: 8 OGOS 2023
MASA: 2.30 ptg - 3.30 ptg
Tempat: Board Room, Bangunan Pentadbiran, Loji 1, PC Methanol, Kawasan Perindustrian Rancha-rancha, WP Labuan
Kehadiran JAS: PPK MMA dan MySTEP NAA
Jemputan mesyuarat melibatkan rakan strategik seperti Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan Labuan dan Jabatan Alam Sekitar Labuan dalam program CSR yang dinamakan sebagai “PCG Be-Green” 2023.
Program ini melibatkan empat buah sekolah menengah terpilih di Labuan dan bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran berkenaan dengan pengendalian plastik dan amalan kitar semula.
Selain itu, pihak PC Methanol juga akan menjalankan pengumpulan e-waste di sekolah.
Cadangan pelaksanaan:
1. Program CSR ‘Be Green’ 2023 berlangsung selama 2 bulan - 22 OGOS 2023 - 22 OKT 2023.
2. Sekolah-sekolah yang bersaing akan membuat pengumpulan sisa kitar semula selepas 22 Ogos untuk bertanding menghasilkan produk kitar semula dan seterusnya membuat video mengenai kelestarian di sekolah.
3. Senarai tugas Perbadanan Labuan dan JAS WP Labuan adalah termasuk pengendalian kutipan bahan-bahan e-waste daripada sekolah-sekolah, menimbang dan rekod hasil kutipan.
4. JAS WPL akan menjadi salah satu juri kepada pertandingan penghasilan produk inovatif daripada sisa/plastik dan video kreatif lestari pada 20 SEPTEMBER 2023. Pada masa majlis perasmian penutupan ini juga, JAS WPL boleh mengadakan pameran kempen merdekakan diri dari ewaste, pendaftaran RAS dan ceramah ewaste jika ada ruang dan peluang.
Sekian dan terima kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan