Penerangan
TARIKH: 7 OGOS 2023
MASA: 9 pg - 10.30 pg
Tempat: Bilik Cemerlang, Tingkat 4, Blok A, Perbadanan Labuan
Pengerusi: Tuan Gilbert Chin (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Perbadanan Labuan)?Kehadiran JAS: MySTEP NAA
Jemputan mesyuarat pelaksanaan one hour Malaysia Clean Up adalah inisiatif Jabatan Kesihatan Labuan untuk mengadakan gotong-royong dalam usaha membanteras penularan nyamuk Aedes. Ia juga merupakan komponen advokasi dan mobilisasi sosial yang akan dilaksanakan selama 1 jam di sesebuah kawasan/lokasi terpilih setiap bulan berdasarkan situasi kes denggi semasa/tahap kebersihan semasa.
Sehubungan itu, mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan pendapat dan kerjasama daripada agensi kerajaan dan NGO. Aktiviti ini difahamkan akan dijalankan pada setiap bulan mengikut ketetapan waktu daripada Jabatan Kesihatan Labuan.
Cadangan pelaksanaan:
1. Program One hour Malaysia Clean Up akan dijalankan pada 27 OGOS 2023.
2. Aktiviti dijalankan serentak ke semua 27 buah kg/ KRT & 5 buah sekolah berasrama/ pengajian tinggi.
3. Tempoh bergotong-royong adalah 1 jam bermula 8.00 am - 9.00 am setiap bulan mengikut tetapan tarikh daripada Jabatan Kesihatan.
4. Lokasi pengumpulan utama bertempat di Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding, Labuan.
p/s: info lanjut dan ketetapan anggota untuk program akan diberikan melalui whatsapp group one hour malaysia clean up.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan