PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

PROGRAM MAKLUMAT KEPADA UMUM-PEPASANGAN BAHAYA BESAR

DOE WP Labuan 09/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MAKLUMAT KEPADA UMUM-PEPASANGAN BAHAYA BESAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/08/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 2/8/2023 Masa: 9:00 pagi - 1:00 petang Tempat: Hotel Dorsett Grand Labuan Penganjur: SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) Kehadiran JAS : Pengarah, PJ JA dan MySTEP NAA Kehadiran Agensi Lain: Bomba, Polis, DOSH, Jabatan Laut, Maritim, KKM, SK Bebuloh, MKN, Petronas Kehadiran Orang Awam: Wakil Kg. Bebuloh Laut, Wakil Kg. Bebuloh Darat, Wakil Kg. Belukut, Wakil Kg. Kiamsam ULASAN: Objektif program ini adalah untuk menerangkan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan Labuan Crude Oil Terminal (LCOT) tentang risiko-risiko kemalangan yang kemungkinan berlaku di dalam LCOT dan bagaimana impaknya kepada penduduk di sekitarnya. Diterangkan juga bagaimana usaha pihak SEAH untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan bagaimana kesiapsiagaan pihak SEAH untuk menangani jika berlakunya kemalangan seperti kebakaran atau letupan dan risiko tumpahan minyak ke laut Kiamsam. Penerangan ini sangat bermanfaat kepada penduduk sekitar supaya mereka boleh bersedia dengan sebarang tanda awal kemalangan di dalam LCOT seperti bunyi siren dan lain-lain serta tindakan awal yang perlu mereka buat jika berlakunya amaran. Penjelasan ini juga perlu bagi mengurangkan kerisauan penduduk yang kebanyakannya nelayan akan terjejas pendapatan jika berlakunya tumpahan minyak ke laut. Ucapan aluan program telah disempurnakan oleh Datuk Eddie Abdullah, Ketua Perhubungan Komuniti dan Kerajaan, Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited. Pembentangan CIMAH (Control Of Industrial Major Accident Hazards 1996) telah dibuat oleh Awangku Hashim A Taib, Pengurus Labuan Crude Oil Terminal (LCOT). Sekian dan Terima Kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan