Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DI TAPAK PEMBINAAN MITRAJAYA SDN BHD PUTRAJAYA
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 09/08/2023
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
1 Ogos 2023. Putrajaya - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar dalam Kempen Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di Tapak Bina Plot 7MD7, Presint 7, Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi tahun 2023. Program Ini bermatlamat untuk menzahirkan pembangunan lestari dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat serta melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni serta peduli terhadap isu-isu alam sekitar.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh JASWPKL semasa program ini ialah sesi pameran kesedaran alam sekitar kepada pekerja warganegara dan bukan warganegara tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar .