PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM SINERGI LABUANFM E-WASTE “GO GREEN” ANJURAN JABATAN PENYIARAN WP LABUAN

DOE WP Labuan 09/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SINERGI LABUANFM E-WASTE “GO GREEN” ANJURAN JABATAN PENYIARAN WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/08/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

TARIKH: 5 OGOS 2023 MASA: 7.30 pagi - 1.00 ptg Kehadiran JAS: PPK MMA, PPKT LJ, PJ GOG, MySTEP NAA, PMD ACT Program Sinergi LabuanFM E-waste “Go Green” merupakan program anjuran Jabatan Penyiaran Labuan dengan kerjasama Jabatan Perbadanan Labuan, Jabatan Alam Sekitar Labuan, dan beberapa buah sekolah menengah di Labuan. Aktiviti utama program ini iaitu pengumpulan E-waste yang dijalankan sememangnya mendapat sambutan yang hebat daripada penduduk tempatan terumatanya penduduk kampung Sg. Labu dengan jumlah pengumpulan sebanyak 4371.2 kg. Bukan itu sahaja, aktiviti menarik telah dijalankan seperti ceramah E-waste, Quiz Kahoot yang disampaikan oleh Nur Aliya Adibah,  MySTEP daripada JAS Labuan dan TikTok PSA yang melibatkan pelajar sekolah menengah. JAS Labuan juga berkesempatan untuk berkongsi informasi E-waste dalam program Ging Bejaur Labuan RTM yang melibatkan Tuan Muniff Adha. Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar WP Labuan mengucapkan tahniah atas inisiatif Jabatan Penyiaran Labuan dalam menganjurkan program ini dan berharap akan banyak lagi kolaborasi bersama dapat dijalankan pada masa hadapan. Sekian dan terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan